Thursday, August 19, 2010

Umno sudah terdesak !

Arjunan buat laporan polis dakwa terima ugutan

August 19, 2010
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), M.S Arjunan hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi satu panggilan telefon, petang semalam.
Setiausaha PKR Ipoh-Barat itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Arjunan berkata beliau membuat laporan polis itu kerana khuatir terjadi sebarang perkara yang tidak diingini terhadap diri dan anggota keluarganya.
Beliau mendakwa menerima panggilan tersebut kira-kira pukul 3.39 petang semalam dari seorang lelaki berbangsa India yang tidak dikenali yang memaki serta mengugut untuk membunuhnya dan keluarganya.
Sabtu lepas, Arjunan membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahterana Bandar Datuk M. Saravanan mendakwa timbalan menteri itu terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran dan gangsterisme di Brickfields.
Beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaannya itu namun ia diberikan kepada peguamnya untuk didedahkan setelah kes tersebut dibawa ke mahkamah.
Sementara itu Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata selagi Arjunan tidak kemukakan bukti yang dimiliknya, selagi itu juga polis tidak dapat teruskan siasatan.
Justeru, katanya tidak ada alasan untuk polis memanggil atau merekodkan keterangan timbalan menteri berkenaan.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaannya terhadap timbalan menteri itu.
Beliau berkata sikap Arjunan hanya akan melewatkan proses siasatan yang sedang dilakukan.

NI PETIKAN DARI THE MALAYSIAN INSIDER

HAR HAR HAR HAR...... TERDESAK SANGAT KE PENYAMUN NI SEMUA SAMPAI SANGGUP BUAT ANCAMAN BUNUH??

ATAUPUN KORANG DAH GENTAR DENGAN PAKATAN RAKYAT YANG DAH SEMAKIN HAMPIR UNTUK MENAKLUK PUTRAJAYA ?

BERANI BETUL KORANG NI KAN SAMPAI BOLEH BUAT ANCAMAN BUNUH HARI TU YB TONY PUA SEKARANG NI M.S ARJUNAN.

APA PENYAMUN UMNO MACAM KORANG NI TIDAK TAKUT SAMA PENGUATKUASA KE??

LUPA PULA AKU KORANG DAH TAJA MALAUN-MALAUN DALAM BADAN PENGUATKUASAAN NI.PATUTLAH KORANG TAK GENTAR PUN.

KITAORANG DAH TAHU LA KOMPLOT PENYAMUN UMNO,,

KORANG BUKAN MEMBELA NASIB RAKYAT TAPI MEMBELA NASIB SENDIRI YANG TELAH SEDIA ADA KAYA TAPI RAKYAT?? MENGEMIS DI NEGERI SENDIRI......

PENYAMUN UMNO MACAM KORANG NI TENTU DAH LUPA YANG KUASA MEMILIH BERADA DI TANGAN RAKYAT...

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 NANTI !!
HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 NANTI !!
HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 NANTI !!

No comments:

Post a Comment